Public Mutual Berhad merupakan salah sebuah organisasi no.1 di Malaysia yang menguruskan unit amanah di Malaysia.
Ada 2 jenis unit amanah:
1. Menggunakan Akaun 1 kwsp
Kita semua tahu bahawa setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia perlu mencarum untuk kwsp(eg: syarikat 15% dan pekerja 11%), jadi jumlah simpanan kwsp sebulan bersamaan dengan 26% per month dimana setiap tahun KWSP cuma beri keuntungan(faedah) 5 hingga 6% per year. Oleh itu, demi menggurangkan kadar kemiskinan di Malaysia, kerajaan Malaysia meluluskan unit amanah menggunakan Akaun 1 (ikut kelayakan) manakala Akaun 2 hanya boleh dikeluarkan untuk beli rumah atau renovate rumah sahaja.
**perhatian !!, akaun 2 tidak ada kena mengena dengan unit amanah, hanya menggunakan AKAUN 1 sahaja!!
Soalan:
Apa maksud ikut kelayakan?
- Untuk mencarum pertama kali dalam unit amanah, minimum untuk buka akaun adalah RM1000.00 (kwsp akaun 1 & Tunai)
e.g: En Kamil berumur 26 tahun dan mempunyai akaun 1 kwsp berjumlah RM16000.00 dan ingin buka akaun dengan Public Mutual untuk unit amanah, bagaimana pengiraan kelayakan dibuat?
Cara pengiraan:
(Jumlah akaun 1 - Had simpanan kelayakan**) x 20%
= (RM16000.00 - RM11000.00) x 20%
= RM1000.00
Jadi, En Kamil memang layak untuk buka akaun unit amanah dengan Public Mutual Berhad
Apa itu 'had simpanan kelayakan'?
Had simpanan kelayakan merupakan salah satu garis panduan yang diberi oleh kerajaan untuk mengawal pengeluaran akaun 1 KWSP, jadi ia ditentukan oleh peringkat umur, semakin berumur seseorang itu, semakin tinggi kadar had simpanan kelayakan
Umur Had kelayakan
25 9000.00
26 11000.00
27 12000.00
28 14000.00
29 16000.00
Soalan:
Macam mana saya nak buka akaun? perlu saya bayar apa apa secara tunai untuk unit amanah menggunakan Akaun 1?
- Tidak ada apa apa pembayaran tunai diperlukan, hanya perlu isi borang yang akan diberikan oleh agent unit amanah dan akan diproses dlm tempoh 5 hari waktu bekerja selepas dihantar ke bank
Soalan:
Perlukah saya pergi ke Public Mutual Berhad utk buka akaun?
- Tak perlu! agent unit amanah akan uruskan, cuma sediakan satu keping salinan kad pengenalan depan dan belakang sahaja.
Soalan:
Berapa kali setahun untuk mencarum dalam unit amanah ini?
- Setahun hanya dibenarkan 3 kali sahaja, dimana agent akan menghubungi untuk buat temu janji dan pihak tuan/puan perlu isi borang sahaja, tidak ada apa apa transaksi yang melibatkan tunai berlaku
Soalan:
Macam mana saya nak tahu berapa keuntungan yang akan saya dapat?
- boleh berhubung terus dengan agent, agent akan berurusan dengan bank, proses akan mengambil masa 1 hari waktu bekerja atau pihak tuan/puan boleh berhubung terus dengan Public Mutual Berhad di 03-62075000
Soalan:
Berapa keuntungan setahun?
- Anggaran keuntungan fleksibel 10% hingga 12% setahun
Soalan:
Bolehkan saya keluarkan jumlah tersebut sebelum bersara secara TUNAI?
- Tidak! jumlah tersebut hanya boleh dikeluarkan selepas bersara dan pihak Public Mutual Berhad akan bayar ke kwsp akaun 1 pihak tuan/puan.
Soalan:
Macam mana saya nak tuntut semula pelaburan unit amanah pada umur 55 tahun selepas bersara?
- Pihak tuan/ puan boleh merujuk kembali ke agent untuk transaksi tersebut atau boleh terus ke cawangan Public Mutual Berhad
___________________________________________________________________
2. Deposit RM1000.00 dan bulanan RM100.00
Sekiranya akaun 1 kwsp tidak menepati kelayakan, pihak pelanggan yang berminat boleh buka akaun secara tunai dimana deposit RM1000.00 diperlukan manakala bayaran bulanan minimum RM100.00/bulan, maximum bergantung pada pihak pelanggan
Soalan:
Saya dah buka akaun tapi bulan pertama saya tak boleh nak bayar, adakah bulan kedua saya perlu bayar RM200.00?
- TIDAK!, Unit amanah tidak ada commitment, pihak pelanggan bebas untuk buat bayaran atau tidak dimana keuntungan hanya diberi setiap tahun
Soalan:
Kenapa RM1000.00 diperlukan untuk buka akaun?
- Jumlah tersebut memang sudah ditetapkan dimana jika pihak pelanggan ingin buka akaun menggunakan Akaun 1 kwsp pun memerlukan minimum RM1000.00 untuk buka akaun
Soalan:
Perlukah saya pergi ke bank untuk buka akaun secara tunai?
- YA! untuk transaksi secara tunai, pihak pelanggan pertama sekali perlu isi borang yang akan diberi oleh agent dan bawa borang tersebut ke Public Bank Berhad untuk buka akaun.
Soalan:
Kenapa saya perlu ke Public Bank Berhad dan bukannya Public Mutual Berhad?
- Untuk transaksi secara tunai, pihak pelanggan perlu berurusan dengan Public Bank Berhad
Soalan:
Berapa lama proses buka akaun?
- Proses akan mengambil masa 5 hari waktu bekerja dimana pelanggan akan mendapat surat pengesahan dari pihak Public Mutual Berhad berkenaan nombor akaun untuk unit amanah
Soalan:
Macam mana nak buat bayaran setiap bulan?
- boleh buat transaksi secara online atau boleh ke mana mana cawangan Public Bank Berhad untuk deposit bayaran
Soalan:
Bagaimana nak buat semakan keuntungan?
- Boleh behubung terus dengan Public Mutual Berhad di 03-62075000 atau berhubung dengan agent yang berdaftar
Soalan:
Bolehkah saya keluarkan semula jumlah pelaburan ini?
- BOLEH, cuma perlu isi borang yang akan diberi oleh agent, proses akan mengambil masa 10 hari waktu bekerja dimana pihak Public Mutual Berhad akan buat bayaran secara cek dan bukannya tunai.