Apakah unit amanah patuh Syariah?
Satu skim pelaburan kolektif patuh Syariah yang memberikan para pelabur peluang melabur dalam sebuah portfolio pelbagai instrumen pasaran modal Islam. Unit amanah patuh Syariah diuruskan oleh pengurus dana professional mengikut kehendak Syariah.
Manfaat melabur secara Islam:
Pengurusan Dana Yang Profesional
Unit amanah patuh Syariah diuruskan berlandaskan kehendak Syariah oleh pengurus dana profesional yang diluluskan.
Kepelbagaian
Unit amanah patuh Syariah membantu anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dalam sebuah portfolio pelbagai sekuriti patuh Syariah bagi meminimumkan risiko dan kemeruapan
Pertumbuhan Modal/Aliran Pendapatan
Unit amanah patuh Syariah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan/atau aliran pendapatan sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan anda.
Berlandaskan Kehendak Syariah
Jawatankuasa Syariah atau Penasihat Syariah yang dilantik akan memastikan operasi dan pelaburan dana-dana adalah mengikut kehendak Syariah. ZI Shariah Advisory Services merupakan Penasihat Syariah bagi kesemua dana patuh Syariah Public Mutual.
Kecairan
Unit amanah Syariah membenarkan anda membeli dan menjual pelaburan anda dengan senang dan dengan pergelutan minimum. Para pelabur akan menerima hasil penebusan mereka dalam 10hari. Bagi ahli-ahli prioriti kami iaitu Mutual Gold dan Mutual Gold Elite, hasil penebusan akan diterima dalam tempoh 2 hari niaga.
Kemudahan & Kemampuan
Anda boleh memulakan pelaburan dengan hanya RM1000.00 dan pelaburan tambahan minima sebanyak RM100.00
Pendedahan Pelaburan
Unit amanah patuh Syariah membolehkan anda mempelbagaikan pelaburan-pelaburan anda dan menikmati pendedahan kepada kelas-kelas aset patuh Syariah dan/atau negara-negara yang berlainan.
Pengawalan
Unit amanah patuh Syariah adalah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan para pelabur.
Manfaat Pulangan Berganda
Unit amanah patuh Syariah memberi anda peluang melabur semula pendapatan/pengagihan untuk mengumpul kekayaan.
No comments:
Post a Comment